Panduan berqiamullai..:
- Bangun pagi,sapu muka dan berdoa
- Bersugi
- Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud,solat sunat tasbih,solat sunat taubat,solat sunat hajat,dan ditutup dengan solat sunat witir.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu,semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."(Surah Al-Isra' 17:79)
- Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
- Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
- Merintih dan menangis di hadapan Allah.
- Sementara menunggu waktu Subuh,bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.
- Amalan tidak semestinya perlu banyak,yang penting istiqamah.

No comments:
Post a Comment
dipersilakan komen :)