bila aku fikirkan kembali,siapa aku ni??
Siapa aku di muka bumi Allah ini??
Bila aku lihat seluruh susuk kejadianku ini...
Aku sedar,aku ini seorang wanita...
Bukan sekadar wanita sahaja,tapi khalifah di muka bumi Allah yang terbentang luas ini..
Aku...dicipta dengan sebaik-baik ciptaan.....aku ini sangat istimewa,,
Tapi,sukakah aku??????Bersyukurkah aku?????
Astaghfirullahalaziimm.....
Sungguh jahil diri ini...masakan dicipta dengan begitu istimewa,aku masih tak tahu bersyukur??
Bagaimana aku bersyukur??
Aku sendiri tidak nampak cara aku bersyukur.....
Ya,.....Allah telah menciptakanku dari tulang rusuk lelaki...aku sgt istimewa!!
Aku bukan dicipta dari kaki untuk di alasi,bukan jua dari kepala untuk di junjung sana sini,...menikmati keistimewaanku ini,,
Aku dicipta dekat di bahumu(kaum adam)untuk dilindungi...maka lindungilah aku!!!
Dekat jua di hatimu untuk kau sayangi..maka silalah sayangi diriku!!
Bukan untuk kau caci atau hina aku..begitu juga semua kaum hawa di muka bumi ini...
Bukan untuk kau caci atau hina aku..begitu juga semua kaum hawa di muka bumi ini...
Aku....aku sedih benar,,,,kerana begitu ramai saudaraku yang tak tahu keistimewaan mereka...specialnya mereka kerana mempunyai wajah yang cantik,suara yang merdu,sikap yang manja,dan personaliti yang mempesonakan!!
Tapi kenapa mereka salah memilih jalan?????
Di sana,aku melihat para wanita sedang gembira bermanja-manja bersama ajnabi yang sememangnya tidak halal bagi mereka..Di situ pula aku lihat para wanita yang menangis dikecewakan oleh ajnabi juga..Lalu apakah semua ini???
Aku takut....takut jika diriku bakal di uji oleh Allah dengan ujian seperti mereka...
Aku.....aku tak mahu mataku BUTA!!
Buta kerana tak mampu melihat kebenaran yang terpampang di dalam al-Quran..Buta kerana tidak dapat menilai sendiri kecantikan diriku ini...Ya Allah!!jauhi aku ya Allah!!
Aku mahu mataku ini sentiasa basah dengan air mata taubat,sentiasa melihat surat cinta dari Tuhanku..sentiasa tunduk dari panahan tajam mata kaum adam!!
Aku tak mahu PEKAK!!
Pekak kerana gagal mendengar seruanNya...tak mampu mendengar nasihat yang berguna..
Pekak kerana gagal mendengar seruanNya...tak mampu mendengar nasihat yang berguna..
Aku ingin telingaku digunakan untuk mendengar ayat-ayat suci Engkau..
Aku tak mahu BISU!!!
Bisu dalam menegakkan kebenaranMu....bisu dalam mengatakan yg sahih...bisu dalam memperbaiki saudaraku sendiri...aku tak mahu......aku takut dengan semua ini.....
Bisu dalam menegakkan kebenaranMu....bisu dalam mengatakan yg sahih...bisu dalam memperbaiki saudaraku sendiri...aku tak mahu......aku takut dengan semua ini.....
Aku gembira melihat saudaraku berniqab...tutup aurat dengan sempurna...mereka mempunyai akhlak yang baik...mereka sangat solehah...Lalu,aku bila lagi?????????
No comments:
Post a Comment
dipersilakan komen :)