Nak cari apa ye?

Monday 27 January 2014

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis


Jika Tuhanku bertanya kepadaku,
Tidak malukah kau bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang kepadaku denagn penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkanku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang berlaku selepas aku dikafankan?
seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selama-lamanya.,
Seakan mati tidak akan menemuiku,
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri..Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah,
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akanku disoal akan apa aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini,
Maka bagaimana akanku jawab setelah aku MENGABAIKAN URUSAN AGAMAKU??
CELAKANYA aku!!
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan,
dan hari ad-deen ( Qiamat )?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput aku?
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunanNya
dan yang membimbingku pada kebenaran.
Aku telah datang kepadaMu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan ) aku,
Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.