Nak cari apa ye?

Thursday 27 September 2012

Dia berani cakap kt ana mcm tu??!!!

Muslimah 1      


Fatanah melihat ke luar jendela rumahnya.Cuaca pagi itu amat menyenangkan hatinya.Inilah nikmat tuhan kepadanya.Selepas membaca dua helai mukasurat naskhah Al-Quranul karim,dia berasa sangat tenang dan hatinya tidak henti-henti merasakan nikmat kasih sayang Allah yang dicurahkan kepadanya dan semua hamba-hambaNya.Fatanah kemudian mendongak ke langit.Ternyata kejadian Allah itu amat indah!!Awan bergerak dengan sangat patuh kepada Allah dan sangat menenangkan hati sesiapa yang sedang keresahan.
        "Ya Allah,berkati hambaMu pada hari ini,curahkan kasih sayangMu kepadaku dengan kasih sayang yang melimpah ruah,,,,berkati kedua ibu bapaku yang telah menjagaku sejak dari kecil dan mengajarku mengenaliMu,amiinn"Fatanah mengaminkan doa tersebut.Langsir tingkap dibetulkan dengan senyuman di bibir.Fatanah kemudian menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat keluarganya.
        "kak Long!!baju ika mana?Ika dah lewat ni kak long..,!!"suara Syafika kedengaran dari biliknya.Adik bongsunya itu memang selalu begitu.Manja.
        "Kak Long letak dalam bilik ummi,semalam ummi nk jahit poket baju ika,kn koyak..pergi tengok dalam bilik ummi,"Fatanah menjawab pertanyaan Syafika.
        "Kak long ni..."Syafika sempat menjawab sebelum tergesa-gesa ke bilik umminya.Sakinah menggeleng-geleng melihat telatah adiknya.
        "Assalamualaikum Ummi....."Syafika memberi salam sebelum memasuki bilik umminya.Fatanah lega mendengar adiknya patuh kepada nasihatnya tempoh hari.Adiknya cepat dalam mengamalkan apa-apa sahaja yang diberitahunya.Sebab tu Fatanah tidak mengajar kepada adiknya perkara yang bukan-bukan.Dia harus menjadi kakak yang terbaik buat adik-adiknya.
        "Ya ika?"Ummi membuka pintu bilik.Tiba-tiba abi keluar dari bilik ummi dengan tergesa-gesa.Maklumlah sudah lewat hendak ke kerja.Abi terlanggar Ika yang berdiri di depan pintu bilik umminya.
         "Ya Allah maafkan abi,Ika..abi tak sengaja."ujar abi kemudian mengusap rambut Ika.
         "Ika nak ambil baju sekolah ika.Kak long cakap ummi jahit poket baju sekolah Ika semalam."Ika terus memberitahu tujuan dia ke bilik umminya.Umminya tersenyum.
        "Oh..ada dengan ummi.maaf ya ummi lupa bagi Ika.kejap ummi pergi ambil."ujar ummi lalu segera mengambil baju Ika.Ika mengucapkan terima kasih lalu berlari menuju ke bilik Fatanah untuk menukar pakaian.
         Fatanah menuangkan air milo ke dalam cawan yang telah disediakan.Nasi goreng diletakkan ke dalam pinggan.Qadri dan Solehah sudah bersiap sedia di hadapan pinggan masing-masing .Hanya menunggu Syafika dan ummi sahaja.Abi memerhati ketiga-tiga anaknya.Fatanah,anak sulung mereka amat bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.Pemberian Allah yang sangat istimewa ini telah menjadikan dia dan isterinya sebagai pasangan suami isteri yang sangat bahagia.Fatanah seorang yang sabar,wajahnya cantik dan jernih dengan cahaya keimanannya.Dia anak yang taat dan sangat bersopan santun dalam berbicara terutama kepada ibu dan bapanya.
         "Abi?"Fatanah mematahkan lamunan abinya.Lain pandangan abinya kali ni.
         "Kenapa abi pandang Kak Long macam tu?Kak Long buat salah ke?hm....abi...abi tak makan lagi ni..abang dengan kakak dah habis makan abi,"ujar Fatanah sambil tersenyum.Apalah yang abinya menungkan kali ni.Hehe...
         "Er,astaghfirullah...kak long,abi harap kak long tak kan kecewakan abi,ya sayang..abi rasa abi tak makan lah.Kasihan anak-anak abi tunggu abi kat luar tu.Abi pergi dululah ya.Ummi mana?"abi menyoal sambil membetulkan tali lehernya.Melihat abinya bangun,Fatanah segera bangun juga untuk menghormati abinya.
         "Abi,kenapa abi cakap macam tu?Kak long tak akan kecewakan abi insyaAllah..kak long nak minta restu abi dan ummi dalam kehidupan kak long yang serba kekurangan ni..kak long bersyukur ada abi dan ummi,ada abang,kakak dan adik untuk teman kak long kat sini..kak long sayang abi,kerana Allah abi...hm...Ummi??ummi ada di luar bersama adik-adik,"Fatanah menjawab pertanyaan abinya dengan senyuman.Dia melihat wajah bercahaya abinya.Dia bangga mempunyai abi seperti abinya ini.Ya,abinya,walaupun bekerja sebagai doktor,namun abinya tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan seorang suami yang soleh.Dia berjaya mendidik keempat-empat anaknya serta seorang isteri yang sangat taat.MasyaAllah,hebat pemberianMu,Ya Allah..
       "kak long nanti tolong kemas rumah ya,"ujar abi memandang Fatanah.Fatanah mengangguk sahaja.Abi kemudian mengambil kunci kereta Exoranya lalu bergegas menuju ke arah anak dan isterinya yang dari tadi menunggunya di luar.Fatanah menyusul abinya.
       "Maafkan abi ya,Sayang,maafkan abang,"ujar abi sebaik sahaja tiba di halaman rumahnya.Qadri hanya tersenyum sahaja.Solehah sibuk membetulkan tudung sekolahnya.Gadis sunti berumur 17 tahun ini sangat menjaga imejnya dan penampilan dirinya.Tidak seperti Fatanah yang kurang menjaga penampilan diri.Baginya,kakaknya tidak mengikut peredaran zaman sepertinya.
       "Abang borak apa dengan kak long tadi?Sampai lupa kami kat sini?"ujar Ummi pula.
       "Sayang cemburu ya?"ujar abi pula lalu menghulurkan tangannya kepada ummi.Ummi tersenyum.Ummi mencium tangan abi sebelum abi mencium dahi ummi.
      "Kakak,abang,ika,,jom..."ujar abi kemudian membuka pintu kereta untuk anak-anaknya.Qadri dan Syafika berebut-rebut masuk ke dalam kereta.Tidak Solehah.Solehah mana?Rupanya Solehah sibuk membetulkan tudungnya lagi.Gadis ini memang betul-betul menjaga imej!Hehe..
       "Kakak??"panggil abi.
       "ya kakak datang ni,"ujar Solehah tergesa-gesa masuk ke dalam kereta.Solehah duduk di hadapan bersama abinya.Manakala Qadri dan Syafika duduk di bahagian belakang.Ummi dan Fatanah tersenyum.
       "Ummi,kakak memang cantik,kan?"ujar Fatanah kepada umminya.Ummi memandang wajah Fatanah dengan senyuman manis di bibir.Lalu kepala Fatanah diusap lembut.
       "Kak Long adalah ratu hati ummi.,Paling cantik dalam hati ummi,sayang."ujar Ummi.Bunyi kereta Exora yang kedengaran mematikan perbualan mereka sebentar.Abi sudah berada di luar pagar.Abi membunyikan hon kereta dan berlalu pergi.Fatanah dan ummi melambai-lambai abi dan adik-adiknya.
        "Kak Long sayang ummi...."ujar Fatanah sambil mencium tangan umminya.Ummi tersenyum.


        Solehah menuju ke kantin untuk berjumpa kawan-kawannya.Irsya,Fatimah,Ayuni,Sofea dan Iman sudah menunggunya.Dia melambaikan tangannya sambil tersenyum girang.Beg sekolah yang berwarna merah jambu itu sedikit sebanyak mencerminkan dirinya yang sangat periang dan peramah.
       "Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian,,hey lama ke tunggu ana?maaflah ana tak sengaja,"ujar Solehah lalu mengambil tempat duduknya di sebelah Irsya.
       "Tahu,anti tak sengaja kan?Sebab apa ya?Sebab tudung anti ya?"ujar Fatimah pula bergurau.Mereka ketawa terbahak-bahak melihat wajah Solehah yang selamba dan tidak bersalah.
       "Ye lah,ana tak tahulah apa masalah tudung ana ni.tengok tudung antum semua,ok je ana tengok."jawab Solehah pula mengundang tawa di hati mereka semua.Ya,inilah ukhuwah yang terjalin kerana Allah.
       "Solehah,anti dah siap kerja sekolah?"ujar Sofea pula mematikan tawa mereka.Bagi Sofea,ketawa tidak boleh berlebihan kerana akan mengotorkan hati.Cukuplah sekadar sahaja untuk bergembira bersama rakan.Solehah memandang Sofea.
       "matematik?"soal Solehah.
       "Karangan."jawab Sofea sepatah.Solehah mengerutkan wajahnya yang putih bersih itu.Cermin mata dibuka sedikit kemudian Solehah meletakkan jari telunjuknya di dagu untuk mengingati kembali kerja sekolah karangan yang diberi oleh Cikgu Aina.Ada ke?Ya Allah,aku tak ingat lah...Solehah memandang satu persatu wajah rakannya.Pertama,wajah Sofea dipandang,kemudian,wajah comel Ayuni ditatap.Wajah Iman yang sedang khusyuk makan mi goreng itu dipandang lama.Kenapa Iman buat tak tahu je?Oh ya dia kelas lain.Apalah Solehah ni.Dah dah pandang orang lain pulak..Ha..pandang Fatimah.Fatimah hanya mengangkat bahu.Tiba-tiba Irsya menyikunya.Tersentak.
        "Eh,kenapa siku ana pula..ana buat salah ke?ana tengah nak ingat balik ni...ana rasa ana tak buat la karangan tu..eh Sofea apa tajuk karangan tu?"Solehah mula gementar.
        "Kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan pelajar."ujar Sofea memandang wajah rakannya.Solehah mengangguk sahaja.Dia mengambil beg sekolahnya lalu mencari buku tulis yang digunakan untuk menulis karangan.Iman masih lagi makan.Dia lapar agaknya.Langsung tidak menghiraukan Solehah.
         "Ada tak?"soal Fatimah.
         "Tak ada antum,"ujar Solehah pula.Solehah kembali menutup zip beg sekolahnya.Dia menghadap rakan-rakannya.Mukanya tunduk sahaja.Irsya,Fatimah,Ayuni,dan Sofea saling berpandangan,
         "Solehah?anti ok tak?"soal Fatimah
         "Ya!!Ana ok saja..tengok ana senyum ni..alah kerja sekolah tu ana memang tak buat,dan tak bawa ke sekolah..ana yang salah,ana tak patut sedih kn..antum semua ni,ana tak apa-apa lah..eh Iman,anti tak habis makan lagi ke?Amboi sejak tadi anti tak bercakap.??"Solehah menegur Iman.Dia tidak mahu memanjang-manjangkan masalah yang menimpanya,biarlah Allah sahaja yang memujuknya,lagipun bukan berat sangat ujian yang Allah bagi ni jika hendak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri kepada kanak-kanak Islam di Palestin dan Gaza sana.Ya Allah,aku perlu kuat.Aku sanggup didenda kerana salahku sendiri melupakan kerja sekolah ini.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar luahan hatiku.. Solehah tersenyum menampakkan lesung pipitnya.Muslimah yang cantik!
          "hehe...ana lapar lah anti,semalam ana tidak makan,"ujar Iman pula.Iman,dia seorang yang simple sahaja.Pendiam tetapi pintar.Tidak suka kepada hal dunia yang melalaikan dan suka melakukan sesuatu yang dia suka.Antaranya makan.Hehe..
         "Nak suap ana tak?"ujar Solehah pula.
         "Ya Allah maafkan ana,Solehah,Fatimah,Ayuni,Sofea,Irsya,ana asyik makan saja tanpa mengingati antum semua.Anti nak ana suapkan ke,Solehah?Boleh,apa salahnya."ujar Iman lalu mengambil sesudu mi goreng dan menyuapkannya kepada Solehah.
        "Syukran Iman,sedapnya,....tapi...nasi goreng kak long ana buat lagi sedap,,Alhamdulillah.."ujar Solehah pula.
        "Oh,anti makan nasi goreng ya pagi tadi?"ujar Fatimah pula.
        "Ya,sedap kerana kak long buat dengan ikhlas,"ujar Solehah pula.
        "Eh,jomlah masuk ke kelas,nasib baik perhimpunan tak ada,kalau tak,ana rasa kita mesti didenda,kn?"ujar Irsya lalu berdiri menggalas beg sekolahnya.Mereka menuju ke kelas dengan beriringan sambil bergurau senda.Mereka sangat gembira termasuklah Solehah.Solehah sedikit pun tidak gelisah dan takut kerana tidak membawa kerja sekolahnya,malah dia tetap bergurau senda dan ketawa bersama rakan-rakannya.
        "Assalamualaikum,"ujar Solehah sebelum masuk ke kelas.Setelah Solehah memberi salam,mereka berempat terus masuk ke kelas.Iman dan Fatimah pula meneruskan perjalanan mereka menuju ke kelas masing-masing.Akmal yang sedang memadam papan putih menjawab salam tersebut kemudian tersenyum kepada Solehah.Solehah hanya mencebik.Huh,tak habis-habis dengan senyuman dia yang bagaikan monyet tu,..ya Allah apa aku cakap ni?Astaghfirullahalaziim....Solehah beristighfar kerana telah mengutuk kejadian Allah.Dia tahu,walaupun dia tidak menyukai seseorang itu,dia tidak boleh berkata sesuka hati kepada dia.Sesungguhnya Allah maha Pencipta.Hm..jika orang lain yang mengatakan dia seperti itu,apakah yang akan dia rasakan?tentu sedih kan?Solehah meletakkan beg sekolahnya lalu menuju ke arah Akmal.
        "Ana minta maaf,"ujar Solehah sebaik sahaja tiba di tempat duduk Akmal.Akmal yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya berhenti menulis dan memandang Solehah.Solehah malu lalu menundukkan wajahnya.Akmal kemudian menulis sesuatu di atas kertas dan memberikannya kepada Solehah.Solehah mengambilnya lalu cepat-cepat duduk di tempatnya.Akmal tersenyum sahaja.
       "Akmal ckp apa kat anti?"soal Irsya sebaik sahaja Solehah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Irsya sebenarnya dari tadi memerhatikan gelagat Akmal dan Solehah.Takut juga kalau apa-apa terjadi kepada Solehah.Solehah menunujukkan surat yang diberi kepadanya tadi kepada Irsya.Irsya mengangkat keningnya.
       "Anti bacalah dulu,nanti kalau anti nak minta pendapat ana,ana sedia membantu anti,"ujar Irsya pula.Solehah mengangguk.Baru sahaja Solehah hendak membuka surat tersebut,....
       "Semua bangun!!"ujar Shazrul dengan lantang sebaik sahaja Ustazah Alya melangkah masuk ke kelas.Ustazah Alya adalah guru yang mengajar Pendidikan Syariah Islamiah kepada mereka.Dan Ustazah ini merupakan ustazah kesukaan dan kesayangan Solehah!..Semua pelajar bangun memberi penghormatan kepada ustazah mereka.Ustazah Alya memberi salam dan dijawab oleh semua pelajar.
       "Baiklah,sila duduk,"ujar Ustazah Alya.Ustazah Alya meneruskan sesi pembelajaran pada hari itu dengan penuh semangat.Tujuannya hanyalah satu.Dia ingin melihat pelajar-pelajarnya dapat memahami agama Islam dengan lebih mendalam dan mengetahui hukum-hukum agama supaya dapat dipraktikkan suatu hari nanti.
Pembelajaran dijalankan selama 1jam 20 minit sahaja iaitu 2 masa pembelajaran.Selesai sahaja sesi pembelajaran,semua pelajar sibuk mengeluarkan buku Bahasa Melayu masing-masing.Semua pelajar kelas 5Siddiq sudah sedia maklum dengan kehendak Puan Aina yang sentiasa mahukan para pelajarnya menyediakan buku di atas meja sebelum dia masuk ke kelas.Solehah berfikir sejenak.Dia tiada buku Bahasa Melayu.Dia risau.Hmmm........Ya Allah,bantulah hambaMu ini..Solehah hanya mampu meminta pertolongan sahaja dari Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.Solehah masih ingat kata-kata Umminya.
        'Kakak,Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi Pertolongan,jangan sedih jika kakak tidak menemui jalan penyelesaian atas segala masalah hidup kakak..kalau ummi tak dapat tolong kakak,ummi minta maaf kerana ummi tidak sempurna dan ummi tak ada kuasa untuk selesaikan masalah kakak.Hanya Allah sahaja yang tidak akan mengecewakan kakak,ya sayang?'
        Solehah ingat itu.Sewaktu dia berduka lantaran rakan baiknya mengkhianati dirinya sendiri,dia hanya mengharapkan ppertolongan Allah.Setiap malam dia mendirikan solat sunat hajat dan solat sunat taubat.Pengharapan dia amat tinggi kepada Allah.Tapi sekarang??Dia tak boleh buat solat hajat!!Puan Aina akan masuk ke kelas bila-bila masa sahaja.Solehah beristighfar,takut-takut dia sudah melakukan dosa yang dia tidak tahu menyebabkan Allah membalasnya seperti ini.
         "Solehah??Anti ok tak?"ujar Irsya apabila melihat rakannya diam sahaja.Apalah yang Solehah ni tengah fikir ya?Agaknya dia takut nak buka surat tu tak??Hm...
         "Ana ok saja...Ana cuma risau Allah tak nak tolong ana saja...,"suara Solehah tiba-tiba sahaja bertukar  serak.
         "Er,,,anti cakap apa ni?Kenapa ni anti?"soal Irsya pula.Solehah memandang wajah rakannya lalu menggeleng lemah.
        "Anti tak nak berkongsi masalah dengan ana ke?"ujar Irsya mengambil hati Solehah.Solehah kemudian memandang pula buku Bahasa Melayu Irsya yang sudah diletakkan di atas meja.Solehah kembali menundukkan wajahnya.Akmal yang sedia memerhati gelagat Solehah dari tadi turut bersimpati terhadap Solehah.Wajah Solehah yang sedih memanggil hatinya untuk bersimpati terhadap Solehah.
      "Oh...tentang buku anti ya?Anti,anti janganlah sedih ya...Lagipun anti kan terlupa sahaja,bukannya anti sengaja kan?Anti,anti tak boleh ragu-ragu dengan pertolongan Allah,,,,Sesungguhnya Allah maha Memberi Pertolongan,anti mesti yakin dengan Allah,ya..?"pujuk Irsya menenangkan hati Solehah.Solehah tersenyum dalam kepasrahan.Tiba-tiba,...
       "Assalamualaikum,maaf mengganggu,"satu suara yang dikenali Solehah.Semua pelajar 5Assidiq terdiam sebentar.Itu bukan suara Puan Aina,tapi.......suara......suara Luqman!Kenapa ni??!!!Jika suara Luqman yang kedengaran di mikrofon,bermakna ada sesuatu yang telah terjadi di sekolah ini.Ada pelajar yang kena rasuk ke?Ramai pelajar dari pelbagai kelas telah keluar dari kelas masing-masing untuk mendengar pengumuman tersebut dengan lebih jelas lagi.
        "Di sini ada sedikit pengumuman,perhatian kepada semua pelajar,marilah bersama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada ayah Puan Aina Masyitah kerana beliau telah disahkan meninggal dunia pada pukul 8 pagi tadi.Al-Fatihah.........."kata-kata tersebut menyentap tangkai jantung Solehah.Ya Allah!!
        Semua pelajar menadah tangan masing-masing.