Nak cari apa ye?

Tuesday 30 October 2012

Checklist qiamullai :)

Bila kita berQIAMULLAI,check lah adakah kita sudah melakukan ini???


  • Betulkan niat sebelum tidur,CONTOHNYA; "Aku ingin qiamullai pada esok pagi kerana Allah,bukan kerana inginkan pujian manusia."
  • Sebab itu,bila kita berqiamullai,rahsiakan daripada orang lain
  • Berwuduk sebelum tidur
  • Tidur di atas lambung kanan(mengiring ke kanan)supaya mudah terjaga
  • Berdoa semoga mudah bangun pada esok pagi
  • Berzikir dengan wirid-wirid seperti ayat-ayat al-Quran yang diingat ,mathurat dan doa sebelum tidur,sebelum mata terlelap
  • Tidur awal supaya dapat bangun awal
  • Sebelum tidur,elakkan makan terlalu banyak
  • Sebaik-baiknya tidur sebentar pada waktu tengah hari,iaitu sebelum waktu Zuhur(qailullah)untuk memudahkan terjaga qiamullai.
  • Bertekad juga untuk bangun di saat orang lain sedang nyenyak tidur
  • Untuk lebih mudah bangun tidur,ajak ahli keluarga untuk qiamullai bersama.Kejutkan mereka sekiranya terjaga terlebih dahulu
  • Muhasabah sekiranya ingin qiamullai tetapi tidak berjaya bangun

Monday 29 October 2012

Panduan Qiamullai.....

Nak qiam tak???Jom kita qiam sama2..:)

Panduan berqiamullai..:
  • Bangun pagi,sapu muka dan berdoa
  • Bersugi
  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakan seperti solat sunat tahajud,solat sunat tasbih,solat sunat taubat,solat sunat hajat,dan ditutup dengan solat sunat witir.
                   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik yang dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam."(Riwayat Muslim)




               
                Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu,semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."(Surah Al-Isra' 17:79)

  • Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.
  • Sementara menunggu waktu Subuh,bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.
  • Amalan tidak semestinya perlu banyak,yang penting istiqamah.

Friday 26 October 2012

Muhasabah diri

Subhanallah..

bila aku fikirkan kembali,siapa aku ni??
Siapa aku di muka bumi Allah ini??
Bila aku lihat seluruh susuk kejadianku ini...
Aku sedar,aku ini seorang wanita...
Bukan sekadar wanita sahaja,tapi khalifah di muka bumi Allah yang terbentang luas ini..
Aku...dicipta dengan sebaik-baik ciptaan.....aku ini sangat istimewa,,
Tapi,sukakah aku??????Bersyukurkah aku?????
Astaghfirullahalaziimm.....
Sungguh jahil diri ini...masakan dicipta dengan begitu istimewa,aku masih tak tahu bersyukur??
Bagaimana aku bersyukur??
Aku sendiri tidak nampak cara aku bersyukur.....
Ya,.....Allah telah menciptakanku dari tulang rusuk lelaki...aku sgt istimewa!!

Aku bukan dicipta dari kaki untuk di alasi,bukan jua dari kepala untuk di junjung sana sini,...menikmati keistimewaanku ini,,
Aku dicipta dekat di bahumu(kaum adam)untuk dilindungi...maka lindungilah aku!!!
Dekat jua di hatimu untuk kau sayangi..maka silalah sayangi diriku!!
Bukan untuk kau caci atau hina aku..begitu juga semua kaum hawa di muka bumi ini...

Aku....aku sedih benar,,,,kerana begitu ramai saudaraku yang tak tahu keistimewaan mereka...specialnya mereka kerana mempunyai wajah yang cantik,suara yang merdu,sikap yang manja,dan personaliti yang mempesonakan!!
Tapi kenapa mereka salah memilih jalan?????
Di sana,aku melihat para wanita sedang gembira bermanja-manja bersama ajnabi yang sememangnya tidak halal bagi mereka..Di situ pula aku lihat para wanita yang menangis dikecewakan oleh ajnabi juga..Lalu apakah semua ini???
Aku takut....takut jika diriku bakal di uji oleh Allah dengan ujian seperti mereka...
Aku.....aku tak mahu mataku BUTA!!
Buta kerana tak mampu melihat kebenaran yang terpampang di dalam al-Quran..Buta kerana tidak dapat menilai sendiri kecantikan diriku ini...Ya Allah!!jauhi aku ya Allah!!
Aku mahu mataku ini sentiasa basah dengan air mata taubat,sentiasa melihat surat cinta dari Tuhanku..sentiasa tunduk dari panahan tajam mata kaum adam!!
Aku tak mahu PEKAK!!
Pekak kerana gagal mendengar seruanNya...tak mampu mendengar nasihat yang berguna..
Aku ingin telingaku digunakan untuk mendengar ayat-ayat suci Engkau..
Aku tak mahu BISU!!!
Bisu dalam menegakkan kebenaranMu....bisu dalam mengatakan yg sahih...bisu dalam memperbaiki saudaraku sendiri...aku tak mahu......aku takut dengan semua ini.....

Aku gembira melihat saudaraku berniqab...tutup aurat dengan sempurna...mereka mempunyai akhlak yang baik...mereka sangat solehah...Lalu,aku bila lagi?????????


Tuesday 23 October 2012

Manfaat menjaga lidah



 Diam Lebih baik dari memilih kata

Luqman al-Hakim berkata,"Bijaksana dalam mengeluarkan perkataan,tetapi sedikit sekali yang sanggup melaksanakannya.Menjaga lidah dengan diam adalah lebih selamat daripada memilih perkataan yang akan diucapkan."

Abu Sufyan ats-Tsaqafi berkata,"Wahai Rasulullah,ceritakanlah kepadaku tentang suatu perkara yang boleh aku lakukan sebagai usaha menjaga diri."
Nabi SAW menjawab,"Katakanlah,aku telah beriman dan istiqamahlah."Dia berkata lagi,"Lalu apa yang harus kujaga?"Nabi menjawab sambil memegang lidahnya,"Ini!"
(Riwayat Nasa'i,Tarmizi dan Ibnu Majah)



Monday 22 October 2012

Indah jika mencintai Allah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh saudara-saudara ima sekalian..~~

Apa khabar iman saudara saudari ??
adakah masih teguh menyambut seruan Ilahi??
adakah masih kuat menghadapi liku-liku ujian yang diberikan Ilahi...??
tanyalah dirimu
muhasabah dirimu sayangku..
Iman,salah satu anugerah tuhan yang sangat bernilai,
Allah amat sayangkan kita,jika tidak masakan Allah memberi kita pelbagai ujian untuk kita tempuhi,..
Antaranya ujian hati..masyaAllah....ujian ini pasti sangat berat bukan??
Tetapi jangan lah risau dan khuatir dengan ujianNya kerana Dia tidak akan menguji setiap hamba-hambaNya melainkan atas kemampuan hambaNya itu,

Berbalik kepada ujian hati,
Ujian hati ni macam mana ya??
Pernah alami tak??
Ima rasa pasti pernah kan??
Cuma yang berbeza antara kita adalah cara kita menghadapi ujian ini..

baiklah...
Cuba baca cerita ini,

~~Seorang wanita yang baru pulang dari pejabat telah bertemu dengan seorang lelaki di perpustakaan awam untuk membeli sebuah novel.
      "Assalamualaikum,awak.."si lelaki menyapa si wanita.
      "waalaikumussalam,"jawab wanita tersebut.
      "Awak beli novel apa?"soal si lelaki ingin mencuba.Wanita tersebut tersenyum lalu menunjukkan muka hadapan novel yang dibeli..  'tautan hati'
      "Oh...."si lelaki menjawab juga.Ish,dia ni......Wanita tersebut lalu pergi dari situ.menyampah agaknya.Hehe
     
Setibanya di rumah,si lelaki asyik teringatkan si wanita tadi.Dia teringat senyuman manis wanita tadi.Ah!!manisnya senyumanmu....-lihatlah,senyuman wanita pun boleh mencairkan hati lelaki,kan?

Esoknya,si lelaki pergi lagi ke perpustakaan itu.kali ini niatnya lain,bukan untuk mencari buku.
Matanya meliar-liar mencari kelibat wanita yang ditemuinya semalam.Tiba-tiba,dia ternampak seorang wanita sedang meminjam buku di kaunter pinjaman.Ya,itu bidadariku..
     "Er...."si lelaki gagap.Wanita tersebut menoleh apabila terdengar suara orang yang gagap dekat dengannya..Haha.Namun wanita terus berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih kepada pustakawan yang bertugas meminjamkan buku kepadanya.Si lelaki tersentap.
      "Awak!!"akhirnya lelaki tersebut memanggil wanita itu.Wanita itu berhenti dan duduk di sebuah meja.Lelaki tersebut cepat-cepat duduk di hadapan wanita itu.Ish,aku dapat tatap wajah comel dia la...
     "Awak nk apa?"soal wanita memulakan bicara.Si lelaki tersenyum malu.
     " Saya...er...saya...saya nk kenal dengan awak,boleh??"
     "Oh..nk kenal dengan saya?Ok,boleh,nama saya Asyikin,seorang perempuan yang menjaga maruah saya dan pergaulan saya.,,Saya juga tidak berminat berkenalan dengan lelaki yang suka ikut saya untuk berkenalan dengan saya.Saya ada seorang ayah dan seorang ibu,Alhamdulillah setakat ni saya belum menderhaka kepada mereka,dan saya tak nak melakukan itu.Hm..awak saya rasa itu saja yang awak boleh tahu tentang saya..saya dah lambat.Assalamualaikum."ujar wanita itu lalu berlalu pergi.

Lihat,tegas wanita tersebut menolak zina.

Bagaimana dengan kita???

Ya Allah...banyaknya dosa kita yang telah kita lakukan...ima juga banyak melakukan dosa,harap kawan2 doakan ima.

:)