Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh saudara-saudara ima sekalian..~~
Apa khabar iman saudara saudari ??
adakah masih teguh menyambut seruan Ilahi??
adakah masih kuat menghadapi liku-liku ujian yang diberikan Ilahi...??
tanyalah dirimu
muhasabah dirimu sayangku..
Iman,salah satu anugerah tuhan yang sangat bernilai,
Allah amat sayangkan kita,jika tidak masakan Allah memberi kita pelbagai ujian untuk kita tempuhi,..
Antaranya ujian hati..masyaAllah....ujian ini pasti sangat berat bukan??
Tetapi jangan lah risau dan khuatir dengan ujianNya kerana Dia tidak akan menguji setiap hamba-hambaNya melainkan atas kemampuan hambaNya itu,
Berbalik kepada ujian hati,
Ujian hati ni macam mana ya??
Pernah alami tak??
Ima rasa pasti pernah kan??
Cuma yang berbeza antara kita adalah cara kita menghadapi ujian ini..
baiklah...
Cuba baca cerita ini,
~~Seorang wanita yang baru pulang dari pejabat telah bertemu dengan seorang lelaki di perpustakaan awam untuk membeli sebuah novel.
"Assalamualaikum,awak.."si lelaki menyapa si wanita.
"waalaikumussalam,"jawab wanita tersebut.
"Awak beli novel apa?"soal si lelaki ingin mencuba.Wanita tersebut tersenyum lalu menunjukkan muka hadapan novel yang dibeli.. 'tautan hati'
"Oh...."si lelaki menjawab juga.Ish,dia ni......Wanita tersebut lalu pergi dari situ.menyampah agaknya.Hehe
Setibanya di rumah,si lelaki asyik teringatkan si wanita tadi.Dia teringat senyuman manis wanita tadi.Ah!!manisnya senyumanmu....-lihatlah,senyuman wanita pun boleh mencairkan hati lelaki,kan?
Esoknya,si lelaki pergi lagi ke perpustakaan itu.kali ini niatnya lain,bukan untuk mencari buku.
Matanya meliar-liar mencari kelibat wanita yang ditemuinya semalam.Tiba-tiba,dia ternampak seorang wanita sedang meminjam buku di kaunter pinjaman.Ya,itu bidadariku..
"Er...."si lelaki gagap.Wanita tersebut menoleh apabila terdengar suara orang yang gagap dekat dengannya..Haha.Namun wanita terus berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih kepada pustakawan yang bertugas meminjamkan buku kepadanya.Si lelaki tersentap.
"Awak!!"akhirnya lelaki tersebut memanggil wanita itu.Wanita itu berhenti dan duduk di sebuah meja.Lelaki tersebut cepat-cepat duduk di hadapan wanita itu.Ish,aku dapat tatap wajah comel dia la...
"Awak nk apa?"soal wanita memulakan bicara.Si lelaki tersenyum malu.
" Saya...er...saya...saya nk kenal dengan awak,boleh??"
"Oh..nk kenal dengan saya?Ok,boleh,nama saya Asyikin,seorang perempuan yang menjaga maruah saya dan pergaulan saya.,,Saya juga tidak berminat berkenalan dengan lelaki yang suka ikut saya untuk berkenalan dengan saya.Saya ada seorang ayah dan seorang ibu,Alhamdulillah setakat ni saya belum menderhaka kepada mereka,dan saya tak nak melakukan itu.Hm..awak saya rasa itu saja yang awak boleh tahu tentang saya..saya dah lambat.Assalamualaikum."ujar wanita itu lalu berlalu pergi.
Lihat,tegas wanita tersebut menolak zina.
Bagaimana dengan kita???
Ya Allah...banyaknya dosa kita yang telah kita lakukan...ima juga banyak melakukan dosa,harap kawan2 doakan ima.
:)
No comments:
Post a Comment
dipersilakan komen :)